Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Bersepadu Lembangan Sungai Langat, Lembangan Sungai Selangor
Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Bersepadu Lembangan Sungai Langat, Lembangan Sungai Selangor dan Lembangan Sungai Klang (IRBM) 2022-2030 telah diadakan di Hotel Double Tree by Hilton, Shah Alam. Y.B. Dato’ Ir. Haji Izham Bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian hadir merasmikan program pada hari ini. Hadir sama, Pengarah LUAS, YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Mohmad Asari Bin Daud. Objektif bengkel ini adalah untuk menambahbaik dan mengemaskini status pelaksanaan strategi dan pelan tindakan IRBM bagi lembangan Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang (2022 -2030) agar lebih efektif serta memastikan semua pihak berkepentingan dapat memberikan komitmen terhadap pelaksanaannya. Pelaksanaan Pelan IRBM ini adalah selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG), Integrated Water Resources Management (IWRM) dan juga Rancangan Selangor-1 (RS-1). Semakan semula ini adalah signifikan bagi menilai pencapaian, menambahbaik strategi serta memastikan pelan ini sentiasa selaras dengan polisi dan dasar semasa Kerajaan Negeri. Bengkel semakan semula yang disertai oleh pelbagai jabatan/agensi berkepentingan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap pelaksanaan dan keberkesanan Pelan IRBM Negeri Selangor yang sedang dilaksanakan.