Forum PEMSEA Network of Local Government (PNLG) 2025
LUAS bersama agensi berkepentingan Kerajaan Negeri Selangor telah terlibat di dalam Forum PEMSEA Network of Local Government (PNLG) 2025 di Jakarta, Indonesia selama 3 hari bermula 16 September sehingga 18 September 2025. Program anjuran Partnerships in Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA) ini melibatkan 11 buah negara yang merangkumi sebanyak 51 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan Projek ICM di Asia Timur. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Hanif Faisol Nurofiq, Menteri Lingkungan Hidup (Alam Sekitar), Indonesia. Pelbagai kertas kerja dibentangkan oleh negara ahli PEMSEA berkenaan rangka kerja bagi memperkukuhkan daya tahan pantai untuk ekonomi biru yang mampan. Kehadiran LUAS diketuai Pengarah, YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Mohmad Asari Bin Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Pn. Haslina Binti Amer dan beberapa orang pegawai LUAS hadir sama. Selain LUAS, delegasi Negeri Selangor/Malaysia turut disertai oleh PBT negeri seperti MBDK, MPKL, MPKS dan MPSp. Program ini disertai agensi-agensi daripada pelbagai negara Asia Tenggara antaranya Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, China, Kemboja dan Timor Leste. Lawatan teknikal yang disusun di dalam program ini mendedahkan para peserta kepada Kepulauan Seribu yang dilengkapi pantai berpasir putih, penginapan unik di tepi pantai, hutan paya bakau, nilai sejarah, dan juga kegiatan lain yang boleh dilakukan untuk menikmati keindahan alam laut Jakarta. Lawatan ini sekaligus membuka peluang kerjasama dengan pakar-pakar antarabangsa termasuk jalinan kolaborasi dengan pihak PEMSEA dalam perkongsian maklumat dan pengalaman pelaksanaan ICM di Asia Timur. Kehadiran LUAS bersama agensi-agensi Negeri Selangor ke forum tahunan PNLG ini mampu meningkatkan kefahaman di kalangan ahli Jawatankuasa Pemantau Pelaksanaan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) Negeri Selangor terutamanya dalam kesepaduan perancangan dan pelaksanaan tindakan pengurusan pantai yang melibatkan peranan serta bidang kuasa pelbagai pihak berkepentingan negeri.