Nama dan bendera LUAS di puncak Kinabalu!
Alhamdulillah. Kakitangan LUAS, En. Mohd Noh Bin Mohd Yusoff dan En. Muhamad Suriadi Bin Mohd Atkhar melakar sejarah dengan kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah setinggi 4095.2 meter pada jam 6 pagi tadi sekali gus meletakkan nama LUAS di puncak gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara walaupun berdepan cuaca hujan dan angin kencang dalam pendakian. Kejayaan misi ini menjadi salah satu kejayaan yang manis buat LUAS dalam menerjah usia LUAS 25 tahun. Seluruh warga LUAS mengucapkan tahniah dan berbangga di atas kejayaan En. Mohd Noh dan En. Muhamad Suriadi!