Kunjungan hormat dari Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK)
LUAS menyantuni kunjungan hormat dari Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) ke ibu pejabat LUAS. Antara agenda pertemuan ini adalah perkongsian maklumat dan pengalaman antara pihak LUAS dan JSANK berkaitan pengurusan sumber air negeri khususnya terhadap langkah-langkah kawalan melalui pelesenan dan penguatkuasaan, serta pembangunan sumber air alternatif. Dalam pada itu delegasi JSANK juga telah dibawa ke Bestari Jaya untuk melihat secara dekat pelaksanaan dan pengoperasian Kolam HORAS 600 serta Projek SJAM yang dibangunkan sebagai jaminan kesinambungan sumber air Negeri Selangor agar berada di tahap yang baik. LUAS merakamkan penghargaan kepada pihak JSANK di atas kesudian untuk hadir ke LUAS bagi sesi perbincangan dan perkongsian ini. Semoga jalinan hubungan kerjasama ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada negeri, rakyat serta para pengguna.