Program Madani Rakyat Zon Tengah 2024
LUAS turut bersama-sama hadir memeriahkan Program Madani Rakyat Zon Tengah yang diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Program tersebut juga dihadiri oleh Pengarah, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari bersama beberapa orang pegawai tertinggi dan kakitangan LUAS. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan merasmikan program ini. Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya.