Loader
Logo LUAS
Print

Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor 2024

LUAS menyertai pameran di dalam Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor anjuran Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam & Alam Sekitar yang diadakan di 1 Utama, Shopping Mall selama 2 hari. Selain LUAS sebagai salah seorang pempamer, agensi-agensi turut dijemput seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhilitan Negeri Selangor Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor Youth Community (SAY) dan beberapa NGO. EXCO alam sekitar YB, Pn. Jamaliah Jamaluddin hadir merasmikan program tersebut dan Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari turut hadir meluangkan masa bersama di majlis perasmian. LUAS berkongsi mengenai langkah-langkah menjaga sumber air yang bermula di peringkat rumah/premis restoran/kilang dan kawasan perbandaran. Dalam pada itu, kakitangan LUAS turut mengedarkan risalah/brosur hebahan berkenaan LUAS dan penjagaan sumber air kepada pelajar dan orang awam yang berkunjung ke reruai LUAS.

FacebookFollow us on Facebook
XFollow us on X
YoutubeFollow us on Youtube
InstagramFollow us on Instagram
TiktokFollow us on Tiktok
RSSFollow our RSS Feed