Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Seramai 35 orang kakitangan LUAS berkesempatan melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang bertempat di Bangunan Sultan Suleiman, Klang. Kunjungan diketuai YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari, Pengarah LUAS dan disambut mesra Pengurus Besar Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, YBhg. Dato' Munasor Aliyasak. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang dahulunya dikenali sebagai Muzium Kenangan ini telah kembali beroperasi pada 1 November 2007 dan dibuka kepada masyarakat umum. Galeri Diraja ini mempamerkan pelbagai koleksi warisan yang unik daripada legasi Kesultanan Selangor. Ia juga memaparkan riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah memerintah Negeri Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan hampir 3 tahun sebagai Yang Dipertuan Agong ke-11. Pihak LUAS sangat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan atas kesudian pihak Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz menerima kunjungan LUAS. Semoga dengan perkongsian yang diberikan oleh kakitangan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dapat menjadi ilmu dan inspirasi kepada kakitangan LUAS dan masyarakat untuk lebih menghargai warisan sejarah kita.