LUAS telah menjalankan audit pemantauan MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 selama 2 hari pada 7-8/3/2022 bertempat di ibu pejabat LUAS. SIRIM QAS yang menjalankan auditan telah mengesyorkan pensijilan LUAS diteruskan. Tahniah diucapkan kepada kakitangan LUAS yang sentiasa komited dan konsisten dalam mematuhi standard MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014.