Loader
Logo LUAS
Print

KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU (LAUT)

Published at :
Modified at : 2025-01-14
Jumlah pelawat : 94
8 JANUARI 2025, RABU - LUAS menyantuni kunjungan hormat dari Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) ke ibu pejabat LUAS. Antara agenda pertemuan ini adalah perkongsian maklumat dan pengalaman antara pihak LUAS dan LAUT berkaitan pengurusan sumber air negeri khususnya berkenaan inisiatif Zero Discharge Policy (ZDP) yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor melalui Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024.
Delegasi Negeri Terengganu diketuai oleh Yang Berbahagia, Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak, Timb. Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) / Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, bersama Yang Berbahagia, Dato’ Ir. Dr. Haji Nasehir Khan Bin E.M Yahaya, Pengarah Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) merangkap Ahli Lembaga LAUT, Pn. Safura Binti Mad Juhari, Pengarah LAUT, PTG Terengganu dan kakitangan LAUT.
Kunjungan hormat ini adalah bagi mendapatkan pandangan dan pendedahan daripada LUAS berkaitan gerak kerja pelaksanaan ZDP ini agar dapat dilaksanakan di Negeri Terengganu. LUAS turut berkongsi berkaitan ZDP, di mana ZDP ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan premis-premis yang berkaitan mengurangkan kuantiti pelepasan efluen serta menggalakkan premis-premis tersebut menjalankan usaha penggunaan semula air sisa.
LUAS merakamkan penghargaan kepada pihak LAUT di atas kesudian untuk hadir ke LUAS bagi sesi perbincangan dan perkongsian ini. Semoga jalinan hubungan kerjasama ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada negeri, rakyat serta para pengguna.
LUAS
LUAS
LUAS

Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram