Loader
Logo LUAS
Print

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BAGI KERJASAMA DALAM PERKONGSIAN DATA HIDROLOGI DAN MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER AIR ANTARA LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) DENGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

Published at :
Modified at : 2024-04-04
Jumlah pelawat : 139

Selaras dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kualiti dan kuantiti sumber air mentah dapat dirawat dan dibekalkan kepada penduduk Negeri Selangor dan Lembah Klang serta Putrajaya, LUAS telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama pintar bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam pengurusan dan pemantauan sumber air termasuk pembangunan dan pemuliharaannya.

LUAS telah memeterai persefahaman baharu bersama JPS Malaysia dalam memperkukuhkan bidang kerjasama dan turut melibatkan pertambahan kepada perkongsian data. Memorandum yang dimeterai pada 21 Mac 2024 secara spesifiknya adalah melibatkan perkongsian maklumat pengurusan sumber air dan data hidrologi tambahan 136 lagi stesen telemetri pihak JPS Malaysia.

Perkongsian data daripada keseluruhan 280 stesen telemetri ini dapat membantu kerajaan negeri melalui LUAS untuk memperkasakan lagi perolehan data bagi tujuan pemantauan sumber air seperti paras air dan kapasiti empangan, kadar hujan, aras air dan kadar alir sungai. Ini sekali gus membantu proses membuat keputusan dan menambah baik setiap tindakan yang diambil dalam mengawal selia sumber air berdasarkan situasi semasa bagi memastikan kualiti dan kuantiti sumber air negeri berada di tahap yang optimum.

Dalam masa yang sama, jalinan persefahaman ini dapat memastikan pemantauan kuantiti dan kualiti sumber air secara optima bagi memastikan penggunaan optimum sumber air sedia ada di sungai dan kolam serta seterusnya kawalan pelepasan air empangan untuk pembekalan air mentah bagi 34 muka sauk bekalan air terutamanya dalam menghadapi fenomena El-Nino dan juga perubahan iklim.

LUASLUAS
LUASLUAS
LUASLUAS

Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram