Loader
Logo LUAS
Print

Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040

Published at :
Modified at : 2024-11-07
Jumlah pelawat : 288
29 Oktober 2024 - LUAS turut terlibat sebagai pempamer di Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 di MITEC, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Puan Haslina binti Amer, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, LUAS juga merupakan salah seorang panel forum yang diadakan iaitu Transformasi Air: Ke Arah Pemerkasaan Sektor Air untuk Menjamin Kesejahteraan Rakyat. Forum ini membincangkan isu berkaitan cabaran dan peluang dalam sektor air, meneroka pendekatan pelaksanaan dan pembiayaan alternatif dan komitmen kerajaan serta pihak berkepentingan. Turut terlibat sebagai panel adalah SPAN, Air Selangor, JPS, Akademi Sains Malaysia dan Salcon Berhad.
YAB Dato’ Sri Timbalan Perdana Menteri juga berkesempatan melawat reruai LUAS yang menumpukan terhadap pelaksanaan dasar zero discharge policy (ZDP) secara khususnya.
LUAS
LUAS
LUAS
LUAS

Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram