Loader
Logo LUAS
Print

MAJLIS PERASMIAN LOJI HIDROKUASA KECIL BATANG KALI

Published at :
Modified at : 2025-01-31
Jumlah pelawat : 182

23 JANUARI 2024 - LUAS turut hadir sama ke Majlis Perasmian Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali oleh Worldwide Holding Berhad (WHB) di Batang Kali.

Program telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan turut hadir Y.B Dato’ Ir. Izham Bin Hashim, EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Datin Paduka Norazlina Binti Zakari, Ketua Pegawai Eksekutif (WHB), Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari, Pengarah LUAS dan wakil-wakil agensi negeri.

Loji Hidrokuasa Kecil (SHP) Batang Kali terletak di kawasan seluas 3.5 ekar di Batang Kali, Hulu Selangor, dijana melalui sumber air dari Sg. Kedondong & Sg. Batang Kali. Loji ini mampu menghasilkan sehingga 5.1MW tenaga elektrik, yang disambungkan kepada grid 33kV dan diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di PMU Ulu Yam sebagai fasiliti pengagihan yang terdekat.

Dalam memastikan ekonomi Negeri Selangor rancak berkembang di samping menjamin permeliharaan sumber air, LUAS turut terlibat dalam menjayakan projek ini selaras dengan Peraturan Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik (Selangor) 2014.

Loji ini akan memberi manfaat kepada 12,900 kediaman bertempat di Batang Kali serta mampu menyokong pengurangan karbon hampir 200,000 tan sepanjang 21 tahun loji ini beroperasi.

LUAS

LUAS

LUAS

LUAS


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram