Loader
Logo LUAS
Print

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI AIR SUNGAI KEBANGSAAN

Published at :
Modified at : 2025-03-04
Jumlah pelawat : 243

LUAS turut sama hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2025 (JKKAS Bil 1/2025) di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Y.A.B Datuk Seri Fadillah Bin Yusof.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS, Pn. Haslina Binti Amer hadir membentangkan mengenai Strategi Peningkatan Kualiti Air bagi Kelestarian Sumber Air di Negeri Selangor. Hadir sama, Ketua Unit Pengurusan Alam Sekitar, En. Mohd Nazifi Nawawi.

Pembentangan LUAS merangkumi dasar dan polisi pelaksanaan strategi pengurusan sumber air dan inisiatif ‘way forward’ termasuk Zero Discharge Policy (ZDP) yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor melalui gubalan peraturan baharu iaitu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024.

Tidak ketinggalan juga keperluan dan kepentingan kewujudan agensi-agensi khusus pengurusan sumber air di negeri diketengahkan agar pengurusan sumber air negeri-negeri di Malaysia dapat diperkasakan dan dilaksanakan dengan selari.

Turut hadir wakil dan agensi berkaitan pengurusan sumber air dari negeri-negeri.

LUAS

LUAS

LUAS


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram