TENTANG LUAS
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
Baca LagiPERKHIDMATAN LUAS
BERITA
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) BAGI KERJASAMA DALAM PERKONGSIAN DATA HIDROLOGI DAN MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER AIR ANTARA LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) DENGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)
Selaras dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kualiti dan kuantiti sumber air mentah dapat dirawat dan dibekalkan kepada penduduk Negeri Selangor dan Lembah Klang serta Putrajaya, LUAS telah mengambil inisiatif dengan menjalinkan kerjasama pintar bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam pengurusan dan pemantauan sumber air termasuk pembangunan dan pemuliharaannya. LUAS telah memeterai persefahaman baharu bersama JPS Malaysia dalam memperkukuhkan bidang kerjasama dan turut melibatkan pertambahan kepada perkongsian data. Memorandum yang dimeterai pada 21 Mac 2024 secara spesifiknya adalah melibatkan perkongsian maklumat pengurusan sumber air dan data hidrologi tambahan 136 lagi stesen telemetri pihak JPS Malaysia. Perkongsian data daripada keseluruhan 280 stesen telemetri ini dapat membantu kerajaan negeri melalui LUAS untuk memperkasakan lagi perolehan data bagi tujuan pemantauan sumber air seperti paras air dan kapasiti empangan, kadar hujan, aras air dan kadar alir sungai. Ini sekali gus membantu proses membuat keputusan dan menambah baik setiap tindakan yang diambil dalam mengawal selia sumber air berdasarkan situasi semasa bagi memastikan kualiti dan kuantiti sumber air negeri berada di tahap yang optimum. Dalam masa yang sama, jalinan persefahaman ini dapat memastikan pemantauan kuantiti dan kualiti sumber air secara optima bagi memastikan penggunaan optimum sumber air sedia ada di sungai dan kolam serta seterusnya kawalan pelepasan air empangan untuk pembekalan air mentah bagi 34 muka sauk bekalan air terutamanya dalam menghadapi fenomena El-Nino dan juga perubahan iklim.
Baca Lagi