Loader
Logo LUAS
Print

PEMAKLUMAN PINDAAN PERATURAN PELESENAN 2024

Published at :
Modified at : 2024-07-10
Jumlah pelawat : 439

Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan Peraturan Pelesenan LUAS 2024 yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2024 yang telah berkuat kuasa pada 20 Jun 2024 [Sel. P.U 20/2024 ].

[Sel. P.U 20/2024].

Pindaan ini dibuat kerana:-

  • Penggubalan peraturan Baharu iaitu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024; dan
  • Memasukkan peruntukan baharu berkenaan Penggantian Lesen dengan caj Lesen gantian sebanyak RM100.00

Kesan pindaan Peraturan Pelesenan ini:

  • Semua pemegang lesen LUAS masih tertakluk kepada peraturan pelesenan ini seperti mana sedia ada; dan
  • Bagi pemegang Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 akan terus berkuat kuasa sehingga tamat tempoh lesen tersebut dan perlu membuat pembaharuan lesen berdasarkan peraturan baharu Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024

Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram