Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan Peraturan Pelesenan LUAS 2024 yang dikenali sebagai Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 yang telah berkuat kuasa pada 20 Jun 2024 [Sel. P.U 19/2024 ]
Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 [Sel.P.U.43/2012] adalah terbatal dengan berkuatkuasanya Peraturan Baharu (ZDP) ini dengan serta merta.