Rabu, November 21, 2018

Permohonan Lesen Abstraksi Sumber Air

Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi dan Permukaaan

ABP2

1.         Abstraksi Sumber Air

1.1   Siapakah yang perlu memohon lesen abstraksi air bumi?

Premis atau orang perseorangan atau sesiapa sahaja yang ingin dan telah menggunakan air bumi air, sungai, alur, tasik, kolam,tanah perairan, perairan pantai dan badan air lain,sama ada semulajadi atau buatan bagi tujuan komersial dan bekalan air.

1.2   Bagaimanakah bentuk lesen tersebut?

Lesen dipanggil Lesen Abstraksi Air Bumi dan Lesen Abstraksi Air Sungai dan Badan Air, tempoh lesen adalah selama 1 tahun. Pembaharuan lesen perlu dibuat sekiranya ingin ;

a) Terus menggunakan air bumi atau air sungai atau badan air tersebut, atau

b) Mengurangkan atau meningkatkan kapasiti penggunaan air bumi atau air sungai atau badan air.

2.         Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi

2.1.    Bagi telaga baru

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-001 : Permohonan Menggali Telaga (2 salinan)

 b) Menyertakan yuran proses RM 150 untuk setiap permohonan. Setelah mendapat kebenaran Menggali Telaga dari LUAS, pemilik telaga membuat permohonan abstraksi air bumi mengikut prosedur di bawah;

i. Melengkapkan Borang ABP-F4-002 : Rekod Telaga  (2 salinan)

ii. Melengkapkan Borang ABP-F4-003 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Bumi (2 salinan)

iii. Melengkapkan Borang ABP-F4-004 : Rekod Kualiti Air Bumi (2 salinan)

iv. Melengkapkan Borang ABP-F4-005 : Rekod Paras Air Bumi (2 salinan)

2.2    Bagi telaga sedia ada

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-002 & (ABP-F4-002A, ABP-F4-002B, ABP-F4-002C & ABP-F4-002D) : Rekod Telaga (2 Salinan)

b) Melengkapkan Borang ABP-F4-003 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Bumi (2 salinan)

c) Melengkapkan Borang ABP-F4-004 : Rekod Kualiti Air Bumi (2 salinan)

d) Melengkapkan Borang ABP-F4-005 : Rekod Paras Air Bumi (2 salinan)

e) Menyertakan yuran proses RM 150 untuk setiap permohonan

3.         Prosedur Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi

3.1      Dengan memaklumkan kepada LUAS melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh  tamat lesen ;

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-004 : Rekod Kualiti Air Bumi (2 salinan)

b) Melengkapkan Borang ABP-F4-005 : Rekod Paras Air Bumi (2 salinan)

c) Menyertakan bayaran yuran proses sejumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM 150) untuk setiap permohonan

4.         Penutupan Telaga

Setiap telaga yang ingin ditutup atau dikambus semula perlu dirujuk kepada pihak LUAS.

5.         Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Sungai Dan Badan Air

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-006 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Sungai dan Badan Air (1 salinan)

b) Menyertakan yuran proses RM 150 untuk setiap permohonan

c) Setelah proses permohonan mendapat kelulusan, Lesen Abstraksi Air Sungai dan Badan Air akan dikeluarkan.

6.         Prosedur Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Air Sungai Dan Badan Air

6.1        Memaklumkan kepada LUAS melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh tamat lesen ;

a) Melengkapkan Borang ABP-F4-006 : Permohonan Kebenaran Abstraksi Air  Sungai dan Badan Air (1 salinan)

b) Menyertakan bayaran yuran proses sejumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM 150) untuk setiap permohonan.

 

Pemasangan Alat Pengukuran

 

1.   Speksifikasi untuk pemasangan meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut;

  1. Pemasangan penapis pasir perlu dibuat bagi mengelakkan kerosakan meter berlaku.

  2. Pemasangan meter hendaklah dikalibrasi oleh mana-mana pihak yang bertauliah.

  3. Pemasangan meter hendaklah bersesuaian dengan kapasiti pengambilan air dan kemampuan pam.

  4. Pihak premis hendaklah memaklumkan kepada pihak Lembaga terlebih dahulu, sebelum pemasangan meter dilakukan.

2.        Senarai Semak Pemeriksaan Meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut;

  1. Saiz meter serta kapasiti abstraksi mestilah bersesuaian.

  2. No. siri meter mesti jelas.

  3. Pemasangan meter mengikut arah aliran (anak panah) adalah betul.

  4. Meter dipateri (seal) tanpa sebarang kesan diganggu.

  5. Ujian aliran meter.

  6. Menyediakan nozel bagi 'air trapped'

  7. Pili selepas meter.

  8. Tiada kesan kebocoran pada sambungan ('welding joint & flange joint).

  9. Catitkan tarikh usia meter (jika ada).

  10. Satu injap kawalan ('gate valve') sebelum meter.

  11. Jenis paip dan saiz paip yang telah dipasang sebelum dan selepas meter.

  12. Lokasi permasangan meter tidak boleh lebih 2 m dari jarak telaga.

     

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26