Selasa, November 12, 2019

Aktiviti Pengubahan Sumber

Pengenalan

LUAS merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber air, lembangan sungai, perairan pantai dan alam sekitarnya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosio-ekonomi negeri yang sentiasa berdaya maju

Aktiviti Pengubahan Sumber LUAS tertakluk di bawah Seksyen 43 Enakmen LUAS 1999 yang menerangkan tentang kuasa Pengarah terhadap zon banjir, rizab sungai, zon perlindungan, badan air dan perairan pantai.

LUAS sebagai agensi yang berperanan menjaga sumber air di negeri Selangor telah mewajibkan permohononan Kebenaran Bertulis oleh mana-mana pemaju dikemukakan dan diluluskan sebelum sesuatu projek yang berkaitan dengan sumber air dijalankan. Kebenaran  Bertulis ini amat perlu dalam menitikberatkan penjagaan alam sekitar sumber air di Negeri Selangor.

Objektif pemberian Kebenaran Bertulis ialah seperti berikut:

  1. Untuk memastikan kualiti air sungai sentiasa terpelihara;
  2. Meminimakan impak pencemaran terhadap sumber air semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan;
  3. Memudahkan Lembaga melakukan pemantauan terhadap pemaju-pemaju yang melakukan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan sumber air;
  4. Menyokong Program Pemuliharaan dan Pengindahan Sungai Klang terutamanya bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan.
  5. Menguatkuasakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999;
  6. Memberikan kesedaran kepada pihak berkepentingan tentang peranan masing-masing dalam pemuliharaan sumber air; dan
  7. Menanam sikap tanggungjawab, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara sungai di kalangan pemaju.

Contoh Aktiviti Pengubahan Sumber LUAS

  1. Pembinaan jambatan
  2. Pembinaan jeti
  3. Pemasangan kabel bawah tanah
  4. Pembinaan laluan kabel di atas sungai
  5. Pemasangan paip
  6. Pelencongan sungai
  7. Penjajaran semula sungai
  8. Pengorekan pasir (sungai, laut, lombong)
  9. Pembinaan titik pengambilan air (muka sauk)
  10. Pembinaan janakuasa elektrik hidro
  11. Pembinaan lebuhraya
  12. Pembinaan benteng hakisan (groyne)
  13. Pembinaan pemecah ombak (waterbreaks)
  14. Pemasangan paip pembentungan (sewer)
  15. Pembinaan pembentung (culvert)
  16. Pembinaan laluan pejalan kaki (walkways)
  17. Pembinaan tanjakan bot (boat ramps)
  18. Pembinaan tambatan bot (boat moorings)
  19. Pembinaan rak ikan (fish racks)
  20. Penambakan semula pantai
  21. Menebus guna tanah
  22. Pembinaan kolam pemeliharaan ikan (akuakultur)
  23. Pembinaan tanda navigasi (navigation markers)
  24. Pembinaan bangunan
  25. Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan empangan
  26. Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan 'wier'
  27. Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan struktur 'inlet' dan 'outlet'
  28. Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan log boom

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26