Rabu, November 21, 2018

Peranan LUAS

ENAKMEN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR 1999

Petikan daripada Enakmen LUAS 1999

Seksyen 43

43. (1) Kecuali dibenarkan secara nyata di bawah peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiada seseorang pun boleh, selepas berkuat kuasanya Enakmen ini mengendalikan, tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, apa-apa aktiviti pengubahan sumber dalam zon banjir, rizab sungai atau mana-mana zon perlindungan atau zon penampan yang lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 48, atau pada, di dalam atau di atas sesuatu sumber air kecuali aktiviti itu adalah jenis yang telah diisytiharkan secara bertulis oleh Pengarah tidak memerlukan kebenaran.

Seksyen 6

6.(1) Fungsi Lembaga adalah untuk-

(n) memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka;

6. (2)  Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk-

(i) mengawalselia pengeluaran lesen dan permit atas terma-terma dan syarat-syarat yang dianggap wajar untuk masuk kepada atau keluar daripada sebarang kawasan yang ditetapkan atau dilindungi, atau untuk pelaksanaan aktiviti pengubahan sumber didalam batasan mana-mana sumber air dan untuk mengenakan bayaran fee bagi pengeluaran lesen atau permit itu;

Seksyen 2: Tafsiran

"aktiviti pengubahan sumber" ertinya pelaksanaan apa-apa kerja - kerja atau  aktiviti yang melibatkan atau berkemungkinan mempunyai kesan-

a)  memisahkan, mengeluarkan atau menggali bahan daripada sesuatu sumber air yang mengubahkan keadaan dasar, tebing atau pesisiran sumber air itu;

b)  menggalangi, melencongkan atau menjejaskan aliran dan pergerakan air di dalam sesuatu sumbe  air iaitu pembinaan jambatan, lebuhraya, tambatan, benteng hakisan, pemecah ombak, pembentungan, laluan pejalan kaki, tanjakan bot, tambatan bot, rak ikan, kolam pemeliharaan ikan dan tanda navigasi pada, dalam atau di atas sumber air;

c)  mengubahkan keadaan asal sumber air itu;

d)  mengurangkan daya sesuatu sumber air untuk mengandung air; atau

e)  menebusgunakan tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu sumber air,

"aktiviti pengubahan sumber" yang melibatkan atau berkemungkinan mempunyai kesan mengubahkan keadaan asal sumber air itu; adalah:

"aktiviti pengubahan sumber" yang melibatkan atau berkemungkinan mempunyai kesan mengurangkan daya sesuatu sumber air iuntuk mengandungi air; :

"aktiviti pengubahan sumber" yang melibatkan atau berkemungkinan mempunyai kesan menebusgunakan tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu sumber air

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26