Jumaat, Ogos 17, 2018

Maklumat Korporat

Objektif | Fungsi | Rasional LOGO LUAS

Visi
“Menjadi organisasi pengurusan sumber air bersepadu yang unggul bagi menyokong wawasan Negeri Selangor”

Misi

“Mengurus sumber air Negeri Selangor secara holistik ke arah kesejahteraan sejagat”

Motto

"Berkualiti, Efisien dan Sempurna"

Slogan

"Air Untuk Semua"

Objektif

  • Memastikan Sumber Air, Lembangan Sungai, Perairan Pantai dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju.
  • Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air.
  • Mewujudkan suasana yang menggalakkan penyertaan sektor awam dan swasta dalam pengurusan sumber air dengan mengambilkira kepentingan awam dan Kerajaan Negeri serta menanamkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya sumber air dipelihara.
  • Sebagai sumber rujukan dan model ikutan pengurusan sumber air bersepadu yang unggul kepada negeri-negeri di Malaysia serta negara luar.


Fungsi LUAS

LUAS diperkasakan dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan berdasarkan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. 17 fungsi utama LUAS berdasarkan Enakmen dapat dirumuskan kepada :-

  • Menyelaras perhubungan dan kerjasama pelbagai agensi dalam negeri;
  • Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek kerajaan;
  • Menjaga kepentingan negeri dalam hal ehwal sumber air;
  • Pengawalseliaan melalui perlesenan mengenai sebarang kegiatan dan aktiviti yang berhubungan dengan sumber air;
  • Pengawalseliaan melalui penguatkuasaan;

 

Rasional Logo LUAS

logo3

  • Biru - Menggambarkan warna air yang kebiruan, syahdu, hidup dan bersih. Ianya dibahagikan kepada 3 bahagian jalur beralun yang mana bahagian teratas menggambarkan badan air daratan yang terdiri dari air sungai, kolam, tasik, empangan, dan tanah perairan wetlands). Bahagian jalur di tengah menggambarkan badan air bumi (groundwater), dan bahagian jalur di bawah menggambarkan air perairan pantai (coastal waters).
  • Kuning (atas) – Menggambarkan pemeliharaan, penggalakkan dan pertumbuhan eko-sistem dan alam persekitaran yang sempurna bagi alam flora dan habitat air untuk mengekalkan kepelbagaian spesis.
  • Kuning (bawah) – Menggambarkan tanah-tanih di dalam suatu kawasan tadahan yang dipelihara dengan baik. Pengubahan mukabumi, teresan, gunatanah dan penanaman tumbuh-tumbuhannya dijalankan dengan sempurna supaya serasi dengan alam sekitar sumber air, mesra alam sekitar dan menyumbang kepada percambahan alam flora dan faunanya.
  • Garisan yang tebal berwarna biru gelap – Menggambarkan ruang lingkup pengurusan yang mantap, efisien dan mampan.

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini33
mod_vvisit_counterSemalam118
mod_vvisit_counterMinggu Ini578
mod_vvisit_counterMinggu Lepas793
mod_vvisit_counterBulan Ini1982
mod_vvisit_counterBulan Lepas3412
mod_vvisit_counterKeseluruhan322700

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26