Loader
Logo LUAS
Print

PERBEZAAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS) DAN AIR SELANGOR

Tahukah anda? Apakah perbezaan diantara Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengrusan Air Selangor S.D.N B.H.D? 

PlusBaca Lagi

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020 Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan di dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2020. Pindaan kepada peraturan-peraturan adalah kepada Peraturan 8(6) iaitu ‘jika suatu permohonan bagi pembaharuan dibuat selepas habis tempoh lesen, Pengarah boleh enggan memperbaharui lesen atau boleh memperbaharui tertakluk kepada pengenaan fi lewat tidak melebihi sepuluh ringgit bagi setiap hari kelewatan’.Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

PlusBaca Lagi
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

LAWATAN TAPAK PROJEK MITIGASI BANJIR DI SG. KLANG, DI PROJEK ZON 6, ALAM IMPIAN

LUAS turut bersama-sama hadir dalam lawatan kerja ke tapak projek mitigasi banjir di Sg. Klang, di Projek Zon 6, Alam Impian bagi meninjau status projek tebatan banjir tersebut di bawah kendalian dan kelolaan pihak Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB). Lawatan kerja ini turut disertai YB Tuan Ir. Izham Hashim , EXCO Infrastruktur dan Pertanian, YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Shaari, Pengarah LUAS dan wakil-wakil agensi antaranya JPS Selangor bagi melihat dan memantau status pelaksanaan projek tersebut. Projek tersebut merangkumi kerja-kerja mendalamkan, mengeluarkan dan menambahbaik ban di Sungai Klang. Dan kesemua aktiviti berkenaan memerlukan kelulusan dari agensi teknikal seperti LUAS. LUAS merupakan urusetia bagi Jawatankuasa Kecil Air SMG dan projek berkaitan tebatan banjir Sg. Klang.  Aktiviti-aktiviti tersebut tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Selangor) 2013 yang memerlukan Kebenaran Bertulis (KB) daripada LUAS untuk langkah kawalan impak kepada kualiti/kuantiti sumber air. 

Loader

MAKLUM BALAS

PENSIJILAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 1900:2014CERT. NO. : QMS-i 00125
SAMMSkim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) for testing and/or calibration laboratorySAMM 916

TENDER & SEBUT HARGA

Tiada sebutharga/tender terkini

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram