Selasa, Jun 02, 2020

Program Qua-Qua

Program Qua-Qua atau Quality & Quantity pula telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam pada 29 Jun 2008 di Sungai Liam, Ulu Yam, Perdana, Hulu Selangor.

Program yang melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat dan komuniti antaranya pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah menengah, IPTA/IPTS, sektor industri dan komuniti masyarakat di seluruh Negeri Selangor.

Program ini mengambil contoh daripada ‘Program Waqu-Waqu’ di negara Jepun di mana tumpuan diberikan kepada pemantauan tahap kualiti air sungai melalui tiga kaedah iaitu secara pemerhatian fizikal sungai, pemerhatian kimia dan pemantauan petunjuk biologi.

Antara objektif program ini adalah untuk memperkenalkan organisasi LUAS dan fungsinya kepada masyarakat awam di samping menjalinkan perhubungan dan interaksi dua hala serta memberi kefahaman akan kepentingan penjagaan sumber air.

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26