Selasa, Jun 02, 2020

Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak

           Program Kerjasama Pintar ini merupakan program berterusan sepanjang tahun yang dilaksanakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (Local Agenda 21), pihak komuniti (NGOs) dengan sokongan pemimpin tempatan bagi membantu LUAS dalam memulihara sumber air, lembangan sungai dan perairan pantai khusus daripada pencemaran yang berpunca daripada sisa minyak masak dari kawasan perumahan, restoran, gerai-gerai makan dan pasar malam.  

           Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak Komuniti peringkat Shah Alam telah dilancarkan buat pertama kali pada 7 Febuari 2009 oleh YB Puan Rodziah bt Ismail, ADUN Batu Tiga Shah Alam.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Mempergiatkan Kempen Kitar Semula Sisa Minyak Masak melalui inisiatif Kerjasama Pintar antara LUAS, komuniti dan PBT untuk mengawal punca pencemaran bersebaran (Non Point Sources) daripada sumber asalnya iaitu kawasan perumahan, restoran, gerai dan pasar malam. Ini dapat mewujudkan kesedaran dan penyertaan komuniti tentang pentingnya memulihara sumber air serta bersama-sama menjaga dan meningkatkan kualitinya. Khusus kepada komuniti yang berada di Lembah Klang, kempen ini membantu usaha Kerajaan Negeri dalam Program Pembersihan dan Pengindahan Sungai Klang yang sedang dilaksanakan.
  2. Menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat bahawa sisa minyak masak boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan berguna seperti minyak bio-diesel yang lebih mesra alam dan menjadi sumber tenaga alternatif pada masa akan datang.
  3. Mempromosikan konsep “Waste to Wealth” di mana komuniti akan dapat menjana pendapatan dari program kitar semula ini dan dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26