Selasa, September 18, 2018

Pengenalan Aktiviti Jeti

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bil 8/2006 yang bersidang pada 19 April 2006 telah memutuskan bahawa semua perkara pengurusan jeti diletakkan di bawah kendalian LUAS termasuklah perkara kelulusan pembinaan jeti, pemberian lesen jeti dan sebagainya mulai 1 Jun 2006.

Undang-undang berkenaan membina, membuat, mendirikan, meyelenggara dan menggunakan jeti di Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 43, Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 melalui Kebenaran Bertulis Aktiviti Jeti.

Tafsiran jeti adalah apa-apa struktur wharf, pier, grid, slip, landing place, stage, platform atau apa-apa struktur yang mengunjur dari tebing ke sungai, laut atau tasik sama ada melekat atau terapung, dibina atau didirikan, sama ada sebahagian atau keseluruhannya di dalam atau di atas mana-mana kawasan sumber air yang digunakan untuk tujuan menaikkan atau menurunkan barangan, penumpang atau untuk menambat vesel atau apa-apa aktiviti marin lain yang berhubungan dengannya atau dikawal oleh Lembaga.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26