Rabu, Oktober 23, 2019

Lawatan Kerja ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah

Pada 6 – 8 Mei 2012 (Ahad – Selasa), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSAN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. Seramai 35 orang pegawai dari LUAS terlibat semasa lawatan ini diadakan. Lawatan yang diketuai oleh Tuan Hj. Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah LUAS bertujuan mempelajari kaedah pengurusan dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. Lawatan ini juga adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang agensi-agensi yang terlibat dan bagaimana sumber air Negeri Kedah diuruskan.  Disamping itu, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pihak LUAS bersama pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. 

  

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26