Jumaat, Ogos 17, 2018

Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar

Pengenalan

Bagi menangani pencemaran selaras dengan Seksyen 79, Enakmen LUAS 1999, peraturan berkenaan pencemaran telah disediakan. Peraturan ini telah dibincangkan bersama jabatan/agensi teknikal yang telah dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Teknikal Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS.

Cadangan pelaksanaan Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS ini adalah bertujuan untuk mengawal dan meminimumkan pencemaran dan impak pencemaran kepada alam sekitar khususnya sumber air.

Pihak Lembaga juga telah melantik Unit Perunding Universiti Malaya (UPUM) untuk menjalankan dua (2) kajian iaitu :

  • Kajian Semakan Senarai Parameter dan Had Piawai Parameter Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS bermula 15 Ogos hingga 15 November 2007, dan
  • Kajian Fi Lesen Berdasarkan Beban Bahan Pencemar Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS bermula Julai 2009 hingga Julai 2010. 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26