Rabu, November 21, 2018

Navigasi Jalan Air Pedalaman

Pengenalan

Peraturan- peraturan Navigasi Jalan Air Pedalaman (Negeri Selangor) 2012, adalah digubal di bawah keperluan peruntukan seksyen 96 dan 97 Enakmen LUAS 1999. Melalui peraturan tersebut, LUAS adalah berfungsi sebagai badan ‘regulatory’ atau penyelaras dalam mengawal aktiviti-aktiviti navigasi di atas permukaan badan air seperti tasik, tanah perairan dan sungai yang berada di luar kawasan had pelabuhan. Peraturan ini telah dibincangkan bersama jabatan/agensi teknikal yang telah dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Teknikal Navigasi LUAS yang dipengerusikan oleh Pengarah LUAS.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26