Khamis, Disember 13, 2018

Peranan LUAS

Peraturan ini mengandungi sebelas Bahagian yang memberikan kuasa kepada Lembaga untuk merancang penambahbaikan sistem trafik di setiap laluan badan air seperti tasik, tanah perairan dan sungai. Ia adalah penting bagi memenuhi keperluan jangka masa panjang bagi pembangunan di jajaran dan laluan sungai-sungai di Selangor yang boleh komersialkan sebagai sumber alternatif pengangkutan di samping produk-produk pelancongan dan rekreasi air yang dijangka dapat menjana hasil baru bagi Kerajaan Negeri. Oleh itu, Lembaga akan mengawalselia setiap operasi vesel untuk pengangkutan barang dan penumpang. Bagi tujuan pengawalan kualiti dan pencemaran badan air setiap pelepasan bahan pencemar hendaklah dengan mendapat kebenaran dan Lembaga boleh menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah pada mana-mana vesel yang berlabuh atau bertambat di perairan daratan.

Peraturan tersebut juga memperuntukkan kawalan trafik navigasi di perairan dalaman. Di mana konsep laluan layar yang selamat diwujudkan bagi mengawal setiap aktiviti laluan keluar masuk vesel yang belayar dengan had laju yang telah ditetapkan oleh Lembaga. Satu sistem pandu arah yang selamat dengan tanda-tanda keselamatan boya, tambatan, dan lampu isyarat keselamatan akan disediakan sebagai panduan kepada setiap vesel yang belayar.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26