Rabu, Oktober 23, 2019

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2013 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 27 April 2013 (Sabtu) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2013 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Pantai Morib, Banting. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang badan atau agensi-agensi yang terlibat dan juga bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan air di Negeri Selangor serta memberi kesedaran kepada msyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara sumber air yang menjadi elemen penting di dalam kehidupan seharian.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26