Jumaat, Disember 13, 2019

DIALOG BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN DI KAWASAN LPA SG. SEMENYIH

Pada 11 Jun 2013 (Selasa) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor dengan kerjasama ABASS Konsortium Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menganjurkan Program Dialog Bersama Pihak Berkepentingan Di Kawasan LPA Sg. Semenyih. Program ini bertujuan bagi memaklumkan tanggungjawab pihak berkepentingan di kawasan tadahan Lembangan Sg. Semenyih kepada peserta. Program ini juga dapat mendedahkan pihak berkepentingan tentang maklumat perundangan yang perlu dipatuhi. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kesedaran untuk berkerjasama dan bertanggungjawab ke atas pemuliharaan dan pemeliharaan sumber air di Negeri Selangor.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26