Rabu, November 20, 2019

PROGRAM PELANCARAN TAPAK PENDIDIKAN QUA-QUA LUAS

Pada 16 November 2013 (Sabtu) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menganjurkan Program Pelancaran Tapak Pendidikan Qua-Qua LUAS dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan UMW Corporation Sdn. Bhd. bertempat di Air Terjun Serendah, Hulu Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Tukiman Bin Nail, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor. Program ini bertujuan menjadikan kawasan air terjun tersebut sebagai salah satu tapak konservasi untuk dipelihara sebagai tumpuan pelancongan serta meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan penjagaan kawasan rekreasi di hulu sungai.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26