Sabtu, Oktober 19, 2019

Program Pesta Sayap 2011

Pada 22 & 23 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad) yang lalu, Persatuan Pencinta Alam (MNS) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menganjurkan Program Pesta Sayap bertempat di Taman Alam, Kuala Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Ahli Parlimen  Kuala Selangor. Pesta Sayap 2011 yang dianjurkan ini bertujuan untuk menunjukkan kepentingan migrasi burung-burung di Pantai Kuala Selangor serta serta memperkenalkan aktiviti pelancongan dan tempat-tempat menarik sekitar Kuala Selangor. LUAS mengambil peluang ini untuk mempromosikan program kesedaran awam yang dikelolakan seterusnya memberi pendedahan kepada orang awam tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air yang menyokong kepada alam sekitar yang sejahtera.

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26