Tuesday, August 04, 2020

Latest Information

There are no translations available.


4 Oktober 2016

Pencemaran bau telah dikesan di Sg. Semenyih pada 11 malam tadi. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YDP MPKj dan UPEN berada di tapak premis yang disyaki awal pagi tadi.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sg Lalang, Semenyih.

Majlis Perbandaran Kajang dan Jabatan Alam Sekitar telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan apa-apa aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara akan dikenakan.

Di samping itu, perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor.

Tindakan pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor yang telah memantau kawasan ini 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Walau bagaimanapun, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali-4 pada pukul 10 pagi tadi kerana pencemaran bau dan akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau. Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Pegguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my

YB Elizabeth Wong
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.
Kerajaan Negeri Selangor

SEMINAR BIODIVERSITI KEPULAUAN KLANG

There are no translations available.

Pada 16 dan 17hb Disember 2014 yang lalu, LUAS telah dijemput menyertai satu seminar yang membincangkan mengenai biodiversiti di Kepulauan Klang anjuran Universiti Malaya, Sime Darby, Mangrove Research Centre dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Seminar telah berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaya.

LUAS telah menghantar dua orang pegawai dan kakitangan iaitu Puan Norfaezah bt Shamsuddin, Jurutera Seksyen ICM dan Puan Norkhaizan Haqis bt Ab Razak, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Seksyen ICM bagi menghadiri seminar tersebut. Selain dijemput sebagai peserta, LUAS juga telah dijemput sebagai salah seorang panel semasa sesi perbincangan diadakan dan telah berkongsi mengenai status pelaksanaan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) di Negeri Selangor khususnya di Daerah Klang.

Sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan termasuklah ucaptama yang disampaikan oleh Dr. Chua Thia Eng, Chair Emeritus, East Asian Seas Partnership Council, PEMSEA. Kebanyakan kertas kerja yang dibentangkan adalah mengenai penemuan beberapa spesis flora dan fauna di kepulauan Klang oleh para saintis. Selain itu, Dr Chua Thia Eng juga turut berkongsi mengenai pengurusan pantai melalui pelaksanaan Pelan ICM yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS.

Move
-

Berita

Top Headline
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

There are no translations available.
Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program...

Read More...
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

There are no translations available.
Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat...

Read More...
PROGRAM SAHABAT MARITIM 2016

There are no translations available.
Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran...

Read More...

carian 1akses

1akses

Capaian Pantas

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan Maklumbalas / Aduan Webmail LUAS Intranet

Programme / Activity

No events
Publication
Follow Us

Qua-Qua@facebookLUAS@facebookProgramKitarSemulaMinyakMasak@facebookRSS@LUAS

Survey
Polls
Polls

Pendapat anda tentang Portal LUAS yang baru, bagaimana anda menilainya?

Sangat Menarik - 83.3%
Memuaskan - 16.7%
Menarik - 0%
Tidak Menarik - 0%

Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday64
mod_vvisit_counterYesterday111
mod_vvisit_counterThis Week175
mod_vvisit_counterLast Week766
mod_vvisit_counterThis Month393
mod_vvisit_counterLast Month3188
mod_vvisit_counterAll Days376468

Last Update on : Wednesday, 11 January 2017 11:26