Tuesday, August 04, 2020

Latest Information

There are no translations available.


4 Oktober 2016

Pencemaran bau telah dikesan di Sg. Semenyih pada 11 malam tadi. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YDP MPKj dan UPEN berada di tapak premis yang disyaki awal pagi tadi.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sg Lalang, Semenyih.

Majlis Perbandaran Kajang dan Jabatan Alam Sekitar telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan apa-apa aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara akan dikenakan.

Di samping itu, perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor.

Tindakan pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor yang telah memantau kawasan ini 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Walau bagaimanapun, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali-4 pada pukul 10 pagi tadi kerana pencemaran bau dan akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau. Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Pegguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my

YB Elizabeth Wong
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.
Kerajaan Negeri Selangor

MAJLIS PENGUMUMAN PEMENANG & PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PANTAI ANGKAT NEGERI SELANGOR 2015 DAN PERTANIDNGAN FOTOGRAFI & SELFIE SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2015 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

There are no translations available.

 

Pada 2 Disember 2015 yang lepas, telah berlangsung Majlis Pengumuman Pemenang & Penyampaian Hadiah Program Pantai Angkat Negeri Selangor 2015 dan Pertandingan Fotografi & Selfie Sempena Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor. Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan penduduk setempat dan pengunjung-pengunjung pantai khususnya di dalam penjagaan alam sekitar. Program ini merupakan sebahagian daripada strategi yang terkandung di dalam Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM). Pantai Chunang, Kuala Langat telah berjaya meraih tempat pertama bagi Program Pantai Angkat Negeri Selangor 2014 ini. Tempat kedua adalah Pantai Bagan Lalang, Sepang, tempat ketiga adalah Pantai Remis, Kuala Selangor, tempat keempat adalah Pantai Redang, Sekinchan dan tempat kelima adalah Pantai Acheh, Port Klang. Manakla bagi pemenang tempat pertama pertandingan selfie ialah En. Ahmad Husaini Bin Sabarudin, tempat kedua En. Muhamad Hirzi Bin Mustafa dan tempat ketiga En. Ahmad Hakimi Bin Ahmad Zaki. Bagi pemenang pertandingan fotografi pula, tempat pertama Cik Azwa Binti Hanafiah, tempat kedua En. Hanafiah Bin Husin dan tempat ketiga Pn. Hamidah Binti Ahmad.

 

 

 

 

Move
-

Berita

Top Headline
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

There are no translations available.
Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program...

Read More...
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

There are no translations available.
Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat...

Read More...
PROGRAM SAHABAT MARITIM 2016

There are no translations available.
Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran...

Read More...

carian 1akses

1akses

Capaian Pantas

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan Maklumbalas / Aduan Webmail LUAS Intranet

Programme / Activity

No events
Publication
Follow Us

Qua-Qua@facebookLUAS@facebookProgramKitarSemulaMinyakMasak@facebookRSS@LUAS

Survey
Polls
Polls

Pendapat anda tentang Portal LUAS yang baru, bagaimana anda menilainya?

Sangat Menarik - 83.3%
Memuaskan - 16.7%
Menarik - 0%
Tidak Menarik - 0%

Visitor

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday66
mod_vvisit_counterYesterday111
mod_vvisit_counterThis Week177
mod_vvisit_counterLast Week766
mod_vvisit_counterThis Month395
mod_vvisit_counterLast Month3188
mod_vvisit_counterAll Days376470

Last Update on : Wednesday, 11 January 2017 11:26