Rabu, Ogos 05, 2020

Khidmat Pengurusan

Unit Teknologi Maklumat

Fungsi Unit Teknologi Maklumat

Pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan :

  • Infrastruktur teknologi maklumat yang terdiri daripada perkhidmatan rangkaian LAN & WAN, internet, emel, perkakasan dan perisian komputer
  • Sistem pengurusan maklumat menerusi pembangunan pangkalan data, aplikasi sistem, portal dan multimedia.
 

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

Fungsi Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

  1. Menguruskan hal ehwal epntadbiran am, perolehan, stor dan inventori/harta modal Lembaga.
  2. Menguruskan penyelenggaraan kenderaan dan peralatan Lembaga.
  3. Menguruskan keselamatan pejabat.
  4. Mengendalikan semua tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan, perjawatan, pembangunan Lembaga.
  5. Menguruskan aktiviti latihan dan kompetensi serta pengurusan prestasi kakitangan Lembaga.
  6. Melaksanakan arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), keputusan Kerajaan dan keputusan Ibu pejabat yang berkaitan dengan alam pentadbiran dan perkhidmatan.
 

Unit Kewangan

Fungsi Unit Kewangan
 
  • Menyediakan laporan kewangan, penyata kewangan Lembaga dan memastikan semua rekod-rekod perakaunan disimpan dengan betul dan teratur.
  • Memastikan penyata akaun Lembaga disediakan dengan teratur.
  • Menyediakan anggaran-anggran belanjawan Lembaga.
  • Menyemak dan memantau perbelanjaan Lembaga berdasarkan prosedur keweangan dan Enakmen LUAS 1999.
  • Memantau perolehan Lembaga mengikut tatacara perolehen dan prosedur kewangan.
  • Memantau peruntukan Lembaga bagi projek pembangunan dan menyediakan laoporan prestasi pelaksanaan projek pembangunan.
  • Merancang, mengawal dan menyelenggara urusan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan.
  • Menguruskan pinjaman kakitangan.
   

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26