PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H/2013M PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 24 Januari 2013 (Khamis) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  telah menyertai Acara Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M Peringkat Negeri Selangor yang bertempat di Stadium Mini, Shah Alam. Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Wasatiah Tunggak Kesatuan Ummah". LUAS telah berjaya mendapat tempat ke-4 (perarakan) bagi kategori Badan Kerajaan. Tahniah diucapkan kepada kontinjen LUAS.