LAWATAN KERJA KAKITANGAN KUMPULAN SOKONGAN KE EMPANGAN SG. SELANGOR

Pada 27 November 2012 (Selasa) yang lalu, telah diadakan lawatan kerja kakitangan kumpulan sokongan LUAS ke Loji Rawatan Rasa dan Empangan Sg. Selangor, Kuala Kubu Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan kumpulan sokongan LUAS mengenai salah satu empangan yang terdapat di Negeri Selangor dan bagaimana proses rawatan air dilakukan.