Kehadiran YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam, Pengarah LUAS bersama beberapa pegawai adalah sebagai tanda sokongan LUAS terhadap usaha yang dilaksanakan. LUAS amat menggalakkan dan mengalu-alukan projek seumpama ini dilaksanakan oleh, dan dengan kerjasama pelbagai pihak tidak kira agensi kerajaan, syarikat swasta, NGO, mahupun komuniti/masyarakat.
Perkara ini adalah selari dengan inisiatif yang sedang diusahakan oleh LUAS untuk badan-badan air negeri terutamanya tasik dan kolam dipotensikan dan dipelihara melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada rakyat dan negeri, serta mampu untuk digunakan sebagai sumber air alternatif/tambahan negeri ketika diperlukan.