Sambutan Hari Air Sedunia bertujuan memperbaharui fokus terhadap kepentingan dan manfaat pengurusan air untuk keamanan melalui peningkatan kerjasama secara berkesan dan mengelak pertikaian berkaitan air sejajar dengan aspirasi temanya tahun 2024, 'Water for Peace'.
Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2024 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Tasik Pandan Perdana, Ampang pada 10 Ogos 2024
Majlis dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMMKN), Yang Berhormat Ahli Parlimen, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor.
Pelbagai aktiviti telah berjaya diadakan seperti senamrobik, pertandingan mewarna, aktiviti sukan air (kayak, RC Boat, stand up paddle), demonstrasi pensampelan kualiti air, penjenamaan semula Skuad Pantas LUAS dan food truck.
Jutaaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke Sambutan Hari Air Sedunia peringkat Negeri Selangor 2024. Jumpa anda di lain program nanti.