Loader
Logo LUAS
Print

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA TAHUN 2022 DAERAH KLANG

Published at :
Modified at : 2022-10-17
Jumlah pelawat : 652

Selaras dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan sumber air terutamanya sungai agar sentiasa terpelihara, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganjurkan Program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2022 di bawah Inisiatif Friends Of Rivers Negeri Selangor Daerah Klang.

Program ini telah diadakan pada 25 September 2022 bertempat di Taman Awam Pengkalan Batu, Klang. Taman yang mula dibuka pada Januari 2021 ini telah dinaik taraf oleh pihak LLSB agar lebih kondusif dan menjadi tumpuan riadah masyarakat dan keluarga. Ianya adalah salah satu projek/komponen di dalam projek Selangor Maritime Gateway (SMG) yang bertujuan untuk merealisasikan dan transformasi Sg. Klang menjelang tahun 2030.

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan tanggungjawab orang ramai terhadap kepentingan memelihara dan memulihara sumber air khususnya sungai. Selain itu, objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang agensi-agensi Negeri Selangor yang terlibat dan juga bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan air di Negeri Selangor.

Di samping itu, program sebegini dilihat mampu untuk meningkatkan kesepaduan dan kerjasama di antara semua pihak termasuk masyarakat, sektor awam dan swasta serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk melestarikan kualiti dan kuantiti sumber air.

LUASLUAS

LUASLUAS

LUAS LUAS


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram