Loader
Logo LUAS
Print

Sesi Penyerahan Penggunaan National Water Balance Management System (NAWABS)

Published at :
Modified at : 2024-01-19
Jumlah pelawat : 113
Pada 11 Januari 2024, telah berlangsungnya sesi penyerahan penggunaan National Water Balance Management System (NAWABS) kepada Pengurus Sumber Air Negeri Selangor bertempat di Ibu Pejabat LUAS oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Sesi penyerahan yang berlangsung ini adalah merupakan inisiatif pihak JPS dalam memperkasakan penggunaan sistem NAWABS yang juga berfungsi sebagai Decision Management Support System (DMSS) bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor khususnya agensi teknikal seperti LUAS, JPS Selangor, JAS Selangor, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Negeri Selangor, SPAN dan UPEN di dalam perancangan serta pengoperasian pemantauan sumber air khususnya di Lembangan Sungai Bernam dan Lembangan Sungai Klang.
Sesi penyerahan penggunaan NAWABS ini juga merupakan langkah awal dalam memberi maklumat yang lebih terperinci untuk meningkatkan kefahaman berkaitan pengunaan sistem NAWABS. LUAS juga difahamkan bahawa NAWABS merupakan sistem pengurusan sumber air yang menggunakan data hydro-meterological dalam pemodelan hidrologi dan hidraulik bagi operasi ramalan kemarau (aras air sungai dan empangan) untuk jangka masa pendek (14 hari) dan jangka masa panjang (2 bulan). NAWABS juga menyediakan status ketersediaan air (water availability), pergerakan air yang masuk dan keluar dalam lembangan (water accounting) dan pengauditan air.
Turut hadir sama di dalam sesi penyerahan ini Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam bin Shaari. LUAS merakamkan penghargaan kepada pihak JPS Malaysia di atas kesudian hadir ke LUAS bagi sesi penyerahan dan perkongsian ini. Semoga jalinan hubungan kerjasama ini membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada negeri, rakyat serta para pengguna. Turut hadir sama di sesi ini adalah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor).
LUASLUAS
LUASLUAS

Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram