Loader
Logo LUAS
Print

TOP GLOVE SDN. BHD. INDUSTRI PERTAMA MELENGKAPKAN LESEN AIR KEMBALIAN

Published at :
Modified at : 2024-09-27
Jumlah pelawat : 451

20 September 2024 - LUAS ke lapangan menyerahkan Lesen Air Kembalian kepada premis industri yang pertama melengkapkan keperluan pelesenan tersebut di Selangor di bawah inisiatif Zero Discharge Policy (ZDP). Penyerahan lesen ini telah disampaikan oleh Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tn. Haji Hasrolnizam Bin Shaari kepada pihak Top Glove Sdn. Bhd. dan disaksikan oleh Y.B. Pn. Jamaliah Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor di satu majlis pertemuan dan lawatan tapak di premis tersebut di Klang.

Majlis ini merupakan susulan kepada sesi libat urus yang telah diadakan bersama pihak berkepentingan di SACC, Shah Alam pada 19 September 2024. ZDP yang kini sedang dilaksanakan di Negeri Selangor bertujuan untuk menggalakkan premis dan aktiviti terlibat mengurangkan kuantiti pelepasan efluen serta menggalakkan usaha penggunaan semula air sisa.

LUAS amat mengalu-alukan sokongan daripada pemain industri dan usaha serta penglibatan mereka untuk bersama-sama memastikan kelestarian persekitaran terutamanya sumber air melalui ZDP ini di samping aktiviti pembangunan dan ekonomi yang dijalankan.

LUAS

LUAS

LUAS


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram