TENTANG LUAS
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
Baca LagiPERKHIDMATAN LUAS
BERITA
Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040
29 Oktober 2024 - LUAS turut terlibat sebagai pempamer di Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 di MITEC, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Puan Haslina binti Amer, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, LUAS juga merupakan salah seorang panel forum yang diadakan iaitu Transformasi Air: Ke Arah Pemerkasaan Sektor Air untuk Menjamin Kesejahteraan Rakyat. Forum ini membincangkan isu berkaitan cabaran dan peluang dalam sektor air, meneroka pendekatan pelaksanaan dan pembiayaan alternatif dan komitmen kerajaan serta pihak berkepentingan. Turut terlibat sebagai panel adalah SPAN, Air Selangor, JPS, Akademi Sains Malaysia dan Salcon Berhad. YAB Dato’ Sri Timbalan Perdana Menteri juga berkesempatan melawat reruai LUAS yang menumpukan terhadap pelaksanaan dasar zero discharge policy (ZDP) secara khususnya.
Baca Lagi