PENGERUSI
Pengarah LUAS
AHLI JAWATANKUASA
1. Pegawai Daerah atau wakilnya (daerah berkenaan)
2. Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan atau wakilnya (daerah berkenaan)
3. Pengarah Jabatan Laut Wilayah Tengah atau wakilnya
4. Pengarah Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia atau wakilnya
5. Pengarah JPS Selangor atau wakilnya
6. Jurutera Daerah JPS atau wakilnya (daerah berkenaan)
7. Pengarah JKR Selangor atau wakilnya
8. Jurutera Daerah JKR atau wakilnya (daerah berkenaan)
9. Pengarah JAS Selangor atau wakilnya
10. Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang atau wakilnya
11. Jabatan-jabatan/agensi lain mengikut keperluan (contohnya Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Imigresen Selangor, Jabatan Perikanan Selangor dan sebagainya)
SETIAUSAHA
LUAS
OBJEKTIF JAWATANKUASA
a) Menyemak dan membuat penilaian dalam memproses dan meluluskan permohonan baru dan memperbaharui aktiviti membina/membuat/mendirikan/menyelenggara/menggunakan jeti di Negeri Selangor;
b) Memberi nasihat dan ulasan berdasarkan bidang kuasa agensi/jabatan masing-masing terhadap kelulusan pembangunan, penggunaan tanah, pelan struktur, pelan induk pengurusan bersepadu dan sebagainya; dan
c) Memantau dan menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu terhadap aktiviti jeti di luar had pelabuhan sama ada bagi jeti yang telah dilesenkan atau jeti yang dibina tanpa kebenaran.