Loader
Logo LUAS
Print
Published at :
Modified at : 2022-03-30
Jumlah pelawat : 5459

PENGERUSI

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam - Yang Berhormat Tuan Ir. Izham bin Hashim

SETIAUSAHA

Lembaga Urus Air Selangor (Bahagian Pengurusan Lembagan Sungai dan Pantai)

AHLI JAWATANKUASA

  • Pengarah UPEN atau wakilnya
  • Pengarah Jabatan Alam Sekitar atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Kesihatan atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Pertanian atau wakilnya.
  • Pengarah Jabatan Perhutanan atau wakilnya..
  • Pengarah Jabatan Perikanan atau wakilnya.
  • Semua Pegawai Daerah atau wakilnya.
  • Semua Yang Di Pertua Pihak Berkuasa Tempatan atau wakilnya.
  • Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)

OBJEKTIF JAWATANKUASA

Objektif utama jawatankuasa ini adalah bagi menyelaras dan memantau aktiviti di LembanganSungai dan Pantai selarasPelan IRBM dan ICM bagi memastikan kelancaran pelaksanaan fungsi LUAS sebagaimana yang terkandung di dalamSeksyen 6, Enakmen LUAS 1999 dan pelaksanaanPelan Pengurusan Bersepadu seksyen 46(1).

Pasukan Petugas Lembangan Sungai Dan Pantai.

Pasukan Petugas Lembangan Sungai telah ditubuhkan pada 5 Mac 2008. Jawatankuasa Pasukan Petugas ini bertanggungjawab mengawal pencemaran di sepanjang sungai melalui tindakan – tindakan di bawah:-

  1. Menjalankan pemeriksaan berjadual secara bersepadu, sistematik dan berterusan di kilang, loji olahan kumbahan, aktiviti kerja tanah, tapak pembuangan sampah dan sumber pencemaran lain yang telah dikenalpasti;
  2. Memastikan tahap pencemaran dan mensasarkan pelepasan efluen mencapai Piawaian A yang ditetapkan terutamanya di bahagian hilir dan hulu muka sauk ;
  3. Mencadangkan tindakan susulan dan langkah – langkah yang sesuai bagi menangani isu-isu yang telah dikenalpasti;
  4. Menjalankan tindakan penguatkuasaan termasuklah pengeluaran amaran, kompaun, denda, pendakwaan dan lain – lain ; serta
  5. Menyediakan pangkalan data bersepadu untuk lembangan sungai.

Objektif – objektif Pasukan Petugas adalah untuk menguruskan :-

  1. Pencemaran setempat oleh kilang – kilang ( sama ada berlesen atau tanpa lesen ) dan loji olahan air kumbahan; serta
  2. Pencemaran bersebaran yang disebabkan oleh aktiviti kerja tanah, pembangunan tanah, aktiviti pembinaan, perlombongan pasir dan kuari, tapak pembuangan sampah, kawasan pertanian, ladang penternakan, rumah penyembelihan, pasar basah, bengkel dan lain – lain.


Artikel Berkaitan

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram