PENGERUSI
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam - Yang Berhormat Tuan Ir. Izham bin Hashim
SETIAUSAHA
Pengarah LUAS - Tuan YBrs. Ts. Haji Hasrolnizam Bin Shaari S.I.S, A.M.S
AHLI JAWATANKUASA
- Unit Perancang Ekonomi (Seksyen Makro & Penswastaan)
- Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
- Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
- Jabatan Alam Sekitar Selangor
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Pejabat Tanah dan Daerah
- Landasan Lumayan Sdn Bhd (anak syarikat MBI)
- NGO
OBJEKTIF JAWATANKUASA
Merancang dan memantau program-program pemuliharaan dan pembangunan sungai-sungai di Selangor.
- Merancang aktiviti atau program dalam memulihara dan meningkatkan kualiti air sungai di Negeri Selangor;
- Memantau pelaksanaan program Pembangunan dan Pemuliharaan Sungai seperti projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Sungai Klang oleh LLSB (anak syarikat MBI);
- Merancang program kesedaran awam dan mempromosi bagi pemuliharaan sungai seperti pelaksanaanProgram Qua-Qua yang melibatkan pemantauan kuantiti dan kualiti sungai dari aspek fizikal, kimia dan biologi dikalangan pelajar sekolah dan lain-lain;
- Merancang program penanaman semula pokok/bakau dikawasan strategik bagi tujuan pemuliharaan ekosistem;
- Menggalakkan keterlibatan aktif pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakanProgram Pantai dan Sungai Angkat Negeri Selangor yang diurusetiakan pihak LUAS;
- Menggalakkan keterlibatan aktif pihak berkepentingan seperti NGO dan komuniti setempat dalam kajian atau program pemuliharaan sungai; dan
- Memantau pelaksanaan program pemuliharaan sungai oleh pihak berkepentingan/komuniti samada melibatkan pembangunan infrastruktur mesra alam /goes green bagi meningkatkan kualiti air atau eko-pelancongan.