PENGERUSI
Pengarah LUAS
AHLI JAWATANKUASA
- Pengarah JMG atau wakilnya
- Pengarah JAS atau wakilnya
- Pengarah Jabatan Kesihatan atau wakilnya
- Pegawai Daerah atau wakilnya (bagi daerah yang terlibat sahaja)
- Yang Di Pertua Pihak Berkuasa Tempatan atau wakilnya (bagi PBT yang terlibat sahaja)
SETIAUSAHA
LUAS
OBJEKTIF JAWATANKUASA
- Membangunkan satu sistem pengkalan data yang komprehensif supaya pemantauan atau penyelarasan perkembangan aktiviti air bumi dapat dilaksanakan secara bersepadu di mana data-data di setiap agensi akan diselaraskan bagi pengurusan air bumi terutamanya di dalam perkara pengambilan, pemantauan, pembaikpulih dan pengawalan keadaan semulajadi serta penguatkuasaan.
- Melaksanakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan dengan menetapkan peraturan, proses dan prosedur kelulusan permohonan pengambilan air bumi serta melaksanakan kesemua fungsi dan tanggungjawab perundangan dan mengikut enakmen/akta agensi-agensi yang terlibat.
- Menjalinkan kerjasama dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan bersama agensi-agensi yang terlibat dengan menggunapakai enakmen/akta agensi-agensi terbabit dalam pengurusan air bumi.
- Menyediakan, mengkaji dan mencadangkan syor-syor bagi penggunaan dan pengagihan air bumi daripada aspek bekalan dan permintaan air bumi.